Monday, March 14, 2011

Sukaneka D'Hoteliers :Stay Fantacy, Back to REALITY?

Assalamualaikum dan salam sejahtera~ Kelab D'Hoteliers akan mengadakan sukaneka bertemakan rancangan realiti : SUKAN REALITI. Sukaneka ini akan diadakan di PADANG PETANQUE pada hari SABTU (19 march 2011)

permainan yang kami akan sediakan pada hari sukan tersebut adalah :

Dangdut pong
-setiap kumpulan menghantar seorang wakil.wakil akan diikiat di belakang pinggang mereka dengan kotak kotak tisu kosong yang berisi bola pingpong.objektif mereka adalah mengongcang-goncang kotak tisu tersebut dalam tempoh masa yang akan diberikan,mereka dilarang sama sekali mengeluarkan bola tersebutmengunakan tangan atau bantuan dari mana-mana ahli kumpulan yang lain ,dan hanya boleh dilakukan dengan mengoncangkan badan sahaja atau menari,wakil kumpulan yang boleh mengeluarkan seberapa banyak bola akan dikira sebagai pemenang.

Tenis melayang
-setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil dan perlu berada dalam satu kawasan yang akan dikelilingi 5 botol kosong air.objektif permainan ini adalah perlu mengjatuhkan botol air satu persatu dengan mengunakan bola tenis yang akan diikat dengan tali.kumpulan yang dapat mengjatuhkan kesemua botol tanpa penalty akan dikira sebagai pemenang.

Terompah limbo
-setiapkumpulan perlu menghantar 4 atau 6 orang wakil.mereka perlu memakai terompah gergasi tersebut dan berjalan dalam jarak yang akan ditetapkan,permainan ini mengunakan konsep limba rock peserta perlu tunduk apabila melalui rintangan.objektif permainan ini adalah melepasi rintangan dan sampai kegarisan penamat dengan melalui jarak hingga sampai kegarisan penamat.

Sargon idol
-setiap kumpulan perlu menghantar 1 orang.wakil tersebut perlu menyanyikan lagu yang akan diberikan dan mulut peserta akan dpenuhi dengan sargon dan apabila penuh baru lah mereka akan memulakan pertandingan.ahli kumpulan yang lain pula harus meneka lagu apakah yang dinyanyikan oleh peserta tadi,objektif pertandingan perlu meneka seberapa banyak lagu dan yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

Lilitan kasih
-setiap kumpulan perlu menghantar 7 orang wakil.1 orang berada ditengah dengan memegang barang misteri ,manakala 5 yang lain akan berada di sekililing dangan membuar bulatan dan 1 orang lagi akan mengikat kesemua peserta dengan benang.mereka akan berjalan dari tititk a hingga ke titik b secara berkumpulan.sekiranya benang yang diikat terputus kumpulan itu akan dikira gagal untuk menjadi pemenang.dan perlu mengikat kembali benang sehinga ke garisan penamat.objektif permainan ini adalah mereka akan berganding bahu untuk membawa barang misteri hingga ke titik b dengan pantas dan selamat.

Jadi tak jadi
-setiap kumpulan perlu menghantar 5 orang wakil.dilam sebuah bekas terdapat 5 batang pen kosong yang dipenuhi dengan tepung.setiap orang perlu mengcelup muka mereka kedalam air dan mula mencari pen dilam bekas tersebut.dan disilih ganti dengan peserta ke2 dan seterusnya.selepas kesemua pen dikumpul ajk akan member kertas dan peserta perlu menulis kami menang pada kertas yang diberikan.

Jangan lupa beku
Permainan ini 5 orang setiap 5 kumpulan.mereka akan bertanding antara satu sama lain.permainan ini bermula dengan iringan muzik dan peserta akan berlari mengikut jarak yang akan ditetapkan dengan memakai selipar tempurung kelapa.dan apabila muzik deberhentikan mereka perlu menjadi beku dan muzik akan dimainkan semula dan mereka akan memulakan larian sehingga ke garisan tamat.

Belonmu kan ku jaga
Setiap kumpulan perlu menghantar 7 peserta.mereka akan beratur dan diberikan belon yang berisi air dan perlu membaling ke belakang kepada kawan yang berada dibelakang dan seterus nya akan dimasukan kedalm bekas.kumpulan yang banyak mengisi belon yang berisi air kedalam bekas akan dikira pemenang dan jika belon itu pecah tidak akan dikira.

Fear Dining

Milo 'Juice'
Nasi Kerabu
Kueh Seri 'Muka' *tett*
Maggi Kari ke?
Sandwich Ala-Ala
Tembikai 'merah sangat!'

TARIK TALI
Setiap kumpulan menghantar 10 orang wakil dan akan menarik dan mengalahkan kumpulan lawan


Explorace
(Untuk acara explorace, peserta akan diberi penerangan semasa hari sukan tersebut)


***Kehadiran adalah wajib untuk semua pelajar dan setiap kedatangan anda akan diambil.
Mohon kerjasama dari semua pelajar untuk menjayakan sukan ini.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment